Thursday, May 2, 2013

IMPIANKU MUSNAH....

Posted by Secret Dreams... at 1:30 AM 0 comments
Hi salam semua,

Dengar tajuk memang gempak...tapi memang impian aku musnah pun.  Aku menaruh harapan untuk kembangkan perniagaan aku dan memiliki sebuah kedai walaupun kecil.. Hmmm dah bukan rezeki aku nak kata apapun bukan tanah aku..frust juga permulaannya sebab aku ada keluar sikit modal..sikit saja tapi aku dan suami berpeluh...sakit badan..penaik bata..walaupun bagi orang lain..sikit jer baris bata tu..tapi kudrat aku perempuan yg tak pernah buat kerja berat..harap badan aja berat..hahahaha..penat jugalah...  Aku tak salahkan ayah mertuaku yg mengambil keputusan utk robohkan kedai tu..mungkin dia ada pandangan sendiri, sebab kedai tu atas tanah milik dia...  Aku tahu dia seorang yang berpandangan jauh.. Dan aku terima seadanya sekarang.. (permulaan menitis jg air mata aku)

Aku bukannya apa..aku makin rasa semua milik aku hilang satu persatu..mungkin ini satu ujian yang harus aku lalui dengan sabar...Aku redho dengan dugaanMu Ya Allah... Sekarang nie tinggal tapak untuk gerai makan..diduga juga... tukang asyik sibuk jadi projek terbengkalai...risau jg aku, jgnlah diroboh pula gerai tu..Aku dah tekad.. Aku bagitau suami, kalau impian gerai aku jg musnah.. Aku ambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur semula (walaupun hijrah aku itu seorang diri)... Bukan dia tak kenal sikap aku, aku dari remaja lebih suka berdikari dan cari rezeki sendiri.  Tak suka menumpang dan bergantung sepenuh pada orang... Aku susah bukan siapa tahu...

Buat masa sekarang lak, sambil menanti dengan sabar gerai nak siap, aku ikuti kursus pembuatan kek.. untuk sub-income aku..  Adakah aku dalam kebuntuan sekarang?  Aku sendiri pun tak pasti...

  
 

Jamal & Syafi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei