Wednesday, November 3, 2010

BAZAR RAMADHAN...

Posted by Secret Dreams... at 4:58 PM 0 comments
Sebenarnya banyak benda yang aku nak ceritakan dlm blog, cuma masa tak mengizinkan. Tahun nie merupakan kali pertama kami berniaga di Bazar Ramadhan. Stadium Darulaman jadi pilihan kami, jual kuih muih dan pelbagai jenis jus. Boleh tahan juga sambutan nyar, letih tak terhingga mana tak nyar semua kuih disediakan sendiri. Kami hanya dapat menyediakan 12 jenis kuih sahaja termasuk cup cake.
Peniaga otai yg ada disini ramah semuanya. Aku & hubby mulanya rasa janggal juga. Tapi ada satu perkara yg tak dapat dilupakan selamanya, aku rasa...hahahaha..kerana nak cepat & mengantuk donut yg sepatutnya dilumur ngan gula telah bertukar ngan garam..garam beb..kesemuanya..banyak pula jumlah donut yg dibuat hari tu..tinggai 4 biji habuan aku berbuka posa..Selesai azan, apa lagi..ngappp....Ahhhhhhhhhhhhh...masin..nak pengsan aku..halamak.. Abislah mengamuk customer nanti..Aku cita kat hubby..berubah muka dia..Aku betul2 tak sengaja..betul... 'AKU MINTA MAAF BEBANYAK KAT SUMA PELANGGAN YG TERBELI DONUT MASIN KU ITU'. Esoknya, aku tunggu lar juga mana2 pelanggan yg beli donut masin tu, aku nak ganti ngan donut yg betoi2 donut..hmmm..takder lar pula yg dtg komplen.. Tapi donut tetap abis.. Alhamdullilah..
Apa2 pun..Pengalaman berniaga di Bazar Ramadhan bagi byk pengalaman tuk aku & hubby..Tahun depan plan cantikkk punyar..hehehehehe

Wednesday, July 21, 2010

ADAKAH JODOH HINGGA KE AKHIRAT...

Posted by Secret Dreams... at 9:53 AM 0 comments
Dah lama juga aku tak coret apa2 kat blog nie...Alhamdullilah, segala berjalan lancar setakat nie..Aku suka dengan apa yang aku buat sekarang nie, berniaga walaupun penat. Yang pastinya aku berpeluh dari terperuk kat opis setitik pun tarak..Masa banyak dihabiskan dengan suami tersayang..Aku amat menghargainya..kerna adakalanya aku terfikir, jika secara tiba2 hayat ini tidak panjang, sekurang-kurangnya aku puas kerna telah menghabiskan masa sepenuhnya bersamanya sentiasa..semua kerja bersama yg sering diselangi dengan senda gurau..Aku rasa amat bahgia..Aku tak nak sia-siakan masa yg ada..Bayangkan, jika kita tidak ada di muka bumi ini lagi, dia akan berkahwin semula..maka setakat itu saja jodoh kita dgnnya..kita takan jumpa lagi suami kita di akhirat kelak..hanya mampu pandang dari jauh kerna dia bukan lagi pasangan kita..Sebab tu Tokwan aku taknak kawin lagi bila Tok aku meninggal, dia berharap akan jumpa isteri dia semula di Syurga. Dia nak isteri dia sebagai pasangannya dunia akhirat..Terharu aku..
Mana nak jumpa lagi lelaki camtu..Padahal masa Tok meninggal, Tokwan muda lagi tuu.. Setiap orang lain kan.. Andainya aku pergi dulu, takan aku nak biar idup suami aku keseorangan. Dah la sampai ari nie takda zuriat lagi. Jodoh di dunia pun sudah mencukupi bagi aku. Di akhirat siapa yang tahu... Yang ku pinta hanya sepotong ayat dan doa darimu selagi diri ini dalam ingatan...

Saturday, March 20, 2010

BAHAGIA BERSAMA...

Posted by Secret Dreams... at 1:56 AM 1 comments
Semakin hari dugaan yang mendatang kian mencabar tapi Alhamdullilah aku dan hubby masih tabah hadapinya..walaupun adakalanya terasa jua airmata ini ingin menitis ke bumi. InsyaAllah, kita akan hadapi segalanya bersama, kerna itu janji kita selama ini..
Aku bahagia bersama hubby walaupun kami tak punya apa2..




Hubby tercinta...

Kami banyak menghabiskan masa bersama di Pengkalan Balak, sambil berniaga sambil bercuti...Baru2 nie ujan lebat melanda bumi Melaka, aku dan hubby berteduh di bawah payung niaga kami sbb ujan yg lebat menyukarkan kami utk kemas brg jualan..berkongsi di bawah satu payung dlm suasana ujan lebat sempat lagi kami bergurau senda..Hahahaha..kalah cita hindustan..


Air laut di Pengkalan Balak kelihatan tidak berombak ketika ujan lebat.. Suasananya amat menenangkan walaupun angin bertiup kencang..


Monday, February 22, 2010

PENGKALAN BALAK, MELAKA

Posted by Secret Dreams... at 6:41 PM 1 comments
Aku baru sampai umah. Meniaga di Pengkalan Balak, Melaka untuk hari minggu dan cuti sekolah saja...sepanjang berada kat sana, aku asyik fikir cadangan hubby yg ajak aku pindah ke Melaka untuk mulakan hidup baru memandangkan potensi perniagaan kami lebih terserlah disana.. aku termenung panjang sambil melihat deruan ombak yg makin mengganas.. Berpindah ke negeri kelahiran aku..hmmmm...


Rumah kami di sini??? Nak sewakan takut rosak..nak jual...bila pula aku akan ada umah sendiri lagi.. Aku ada rasa serba salah juga..takut keputusannya nanti bagi impak besar pada kedudukan ekonomi kami kelak.. Aku tak mahu keputusan yg membawa pada penyesalan. Bahaya tuu. Aku harus fikir masak2..fikir dan fikir..
Aku terasa ombak bukan sekadar memukul pasir di pantai tapi turut memukul-mukul otak aku untuk beri jawapan dgn segera..dan jawapan yg pasti..aku termenung panjang..
Ya Allah,berikan hamba kekuatan untuk membuat keputusan.. Aku tahu setiap keputusan itu pasti ada pengorbanan..

Wednesday, February 10, 2010

TEMAN MEMANCING...

Posted by Secret Dreams... at 3:01 PM 0 comments
Ahad baru-baru nie, Hubby bawa keluar ronda2.. dah lama juga aku terperok kat umah asyik layan FB.. Aku syak dia bawa pancing bersama, tapi dia menidakkan aja..Hmmm, kemana dia nak bawa nie..Melepasi Nilai masih tak berhenti, cuaca panas diluar..Ke PD ke??? Senyap jer.. Aku tak suka surprise, bukannya apa..klu nak pi jauh biarlah bawa baju salin ker..berus gigi ker..jgn main belasah jer..aku nie bukan nyer tahan panas sgt..

Aku tanya dia lagi.."Bawa pancing kan,sbb td terdengar ada org tegur dia nak gi mancing ke"..dia tersenyum simpul..Aku dah agak mesti nak gi mancing nie..nak balik pukul brapa nie..dah la tak bawa apa2 pun..Tipon pun tinggal..aku bawa IC jee.. Dia kata nak bagi surprise pun susah.. Memang aku surprise pun, tapi bkn sbb nak gi bawa memancing tapi sbb kami berada di Pengkalan Balak, Melaka..mesti tak balik hari...hik..hik..hik.. Tapi kami bukan ler mancing di situ..


Dengan deruan ombak yg menghempas pantai, aku layan perasaan aku..Hmmm, dah lama aku hentikan penulisan novel aku yg tergendala lebih 10 thn.. Aku kehabisan idea bila aku mula sibuk dgn dunia pekerjaan.. Lagipun pemikiran aku telah berubah..berubah..ehh kembali ke topik asal..Kami memancing di Pantai Teluk Gong, di situlah hubby dpt ketam batu sebesar alam bulan lepas..yg gambarnya tak sempat aku nak uploadkan dah pc kena format, semua benda ilang..


Di Pantai Teluk Gong, kelihatan sorang mamat sedang asyik memancing..hubby tanya dia org 'bangla' kar..dia geleng..India kar..dia geleng..Indon kar (tak rupa indon pun, saja tanya..hik..hik..) dia geleng lagi.."Slalu kar mancing sini", hubby tanya lagi.. Aku hanya perhati gelagat hubby aku yg ramah, kemana saja pegi mesti nak buat kawan dgn sapa2 pun.. Dia kata dia org melayu..cehh..tak caya lar..lain jer bunyi..hubby malas nak layan dah..ke hulu ke hilir dia ikut hubby..pelik..org gila kar..hahahaha.. Giliran aku pula tanya dia, sambil tgn aku pegang pancing yg akan ku lontarkan ke laut..tak jauh pun, tak reti baling jauh.. dia tunjuk ke arah laut..Aku kata "Org pulau ke?"..dia geleng..IKAN!! dia kata..lar, dlm laut memang la ada ikan..bikin panas aja..Hubby menambah, org asli laut lar tu.. (aku rasa dia nie bangla yg baru sampai..)


Aku rasa nak mkn jagung yg kami beli td, adat kita jgn dilupakan..aku bg 1 kat dia..dia masih ikut hubby..hmmm..Hubby bg loceng pancing 1 kat dia..Mancing mlm elok pkai loceng..dia ambik aja tanpa kata apa2..dia belek loceng, tak tau nak buat apa..hish..hish..Hubby pasangkan..


Masih ekori hubby..rimas aku tgk..dia tunjuk umpan..Oooo nak umpan, hubby bagi..Pastu tunjuk rokok lak..Hubby bagi rokok.. masih lagi ikut hubby kemana saja dia pegi, bila aku dok sebelah hubby..baru lar dia kembali ke tmpt dia..hmmm..tau takut..kang aku kerate baru tau..rimas tau..aku pun tak ikut hubby aku sampai camtu skali..eeeee..


Dia berpusing2 mencari sesuatu..aku agak dah..loceng tu mesti ilang punya..lupa nak buka masa lontar pancing latu..hmmm..dia tunjuk loceng kat hubby aku...takda..takda..1 saja bleh bg..(hmm klu org melayu takan main tunjuk jar, tak nak mengaku yg diri tu org bangla). Dia minta pin pula..Hishhh..hubby kata segala benda nak lar..dah bg betis nak peha lak..(sanggup ke bagi betis kat dier..hehehhehe). Dah melampau nie..dia buat muka toyo..nak jg..hubby bg..pastu dia buat isyarat tgn 'pendek'..lar rokok yg kat mulut hubby aku yg tinggal pendek tupun dia nak..hish..hish..hubby aku bagi..tak sampai ati.. Aku ajak hubby gi makan..lagi lama kat sini, apa lagi yg dia akan minta..kang minta nak ikut balik..tak ker kacau..eeeee


Kami siap simpan brg..dia tgk kat aku.."Kami nak balik lar", dlm nada tinggi..tu yg dia takut kat aku tuu..kasi garang skit..Tak bleh layan sgt dia org nie..


Tinggallah "Teman baru" hubby mancing sorang2..dia tgk umpan yg aku pegang..Hehh..Dlm keta aku kata kat hubby, "mesti kawan abang tu kata, nak balik pun balik lar..umpan kasi aku lar".. Hubby tak tahan gelak.. Kirim salam lar klu semua benda nak bagi..hahahahaa..














Friday, February 5, 2010

SALAM TAHUN BARU 2010

Posted by Secret Dreams... at 12:59 PM 0 comments
Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan 'Salam Tahun Baru 2010' buat semua. Dah lama juga aku tak coret apa2, aktiviti aku banyak lar juga..tapi aku asyik tangguh..dan tangguh..tak elok sikap camtu ada pada kita kan..Tapi apa yg pasti penutup tahun 2009 adalah penutup tahun yg paling best dalam hidup aku walaupun hubby takda time tu.. Tahun lepas byk tekanan yg aku alami dan lega semua itu telah berlalu. Disember, bulan yg paling byk aktiviti bersama..syoknya.. Azam tahun baru nie, aku dan hubby sama saja..Semoga Allah limpahkan rezeki kami dan kurniakan cahaya mata.. Tahun baru nie tak nak ada cita2 sedih..tak mau..tak mau..

Dah lama juga aku tak gi Langkawi, so sempena LIMA 2009 ..boleh lar cuci mata.. Aku pergi bersama keluarga tanpa hubby, dia akan menyusul kemudian..ada kenduri di kg. Kakak pula baru kluar hospital..suspect H1N1..so elok lar aku balik skali kakak, dia blum sihat sepenuhnya..


Sempat bergambar ngan si manja Puteri sblum bertolak pegi Langkawi..siap pakaikan bedak sejuk..hehehe


Uhhh..cuaca di Langkawi panas terik..ramai org di Jetty tak terkata..sesak..Musim cuti sekolah camni standart lar..Abang ipar aku busy time nie, Chef di Datai Langkawi..Hubby lak takda..naik teksi la jawabnya.. Ada beberapa gambar aku ambik time LIMA 2009, gambar tah pa-pa..orang ramai sangat..






Kapal Selam pertama Malaysia



Gambar air saja yg sempat aku ambik..kah..kah..tah mamat mana tolak aku masa nak ambik gambar, nasib tak jatuh tersembam..

Bila hubby dah mai Langkawi, apa lagi aktiviti kami klu tak memancing..dari kawasan Rumah Api hinggalah ke pantai Pasir Tengkorak..syoknya dapat ikan..paling best ikan kerapu.. Si manja Puteri sibuk makan Cocopie.. Comot..




Banyak gambar aktiviti memancing dari Dis 2009 hingga Jan 2010..Hubby dah gila memancing sekarang nie.. Yala, aku juga yg jadi penggalaknya. Dah lama dia idam2 nak gi memancing tapi aku tak layan..tak minat..tapi bila pikir aktiviti yg bleh dibuat bersama, aku pun bagi green light..apa lagi pancing sana..pancing sini..hish..hish..bleh tahan juga memancing nie, jadikan hobby.. Tapi jgn melampau sgt tau..kang makan umpan lak..keja..keja.

Sekarang nie, hubby sibuk ngan business sotong bakar dia..Sedap nyer.. Aku nie pun kaki makan sotong..Nyum..nyum..nyum..



Hmmmm, dah tak tahu nak tulis apa lak..tunggu aje lah coretan di hari lain....nak siap gi shopping ngan hubby..hehehehe..suker...

 

Jamal & Syafi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei