Wednesday, July 21, 2010

ADAKAH JODOH HINGGA KE AKHIRAT...

Posted by Secret Dreams... at 9:53 AM
Dah lama juga aku tak coret apa2 kat blog nie...Alhamdullilah, segala berjalan lancar setakat nie..Aku suka dengan apa yang aku buat sekarang nie, berniaga walaupun penat. Yang pastinya aku berpeluh dari terperuk kat opis setitik pun tarak..Masa banyak dihabiskan dengan suami tersayang..Aku amat menghargainya..kerna adakalanya aku terfikir, jika secara tiba2 hayat ini tidak panjang, sekurang-kurangnya aku puas kerna telah menghabiskan masa sepenuhnya bersamanya sentiasa..semua kerja bersama yg sering diselangi dengan senda gurau..Aku rasa amat bahgia..Aku tak nak sia-siakan masa yg ada..Bayangkan, jika kita tidak ada di muka bumi ini lagi, dia akan berkahwin semula..maka setakat itu saja jodoh kita dgnnya..kita takan jumpa lagi suami kita di akhirat kelak..hanya mampu pandang dari jauh kerna dia bukan lagi pasangan kita..Sebab tu Tokwan aku taknak kawin lagi bila Tok aku meninggal, dia berharap akan jumpa isteri dia semula di Syurga. Dia nak isteri dia sebagai pasangannya dunia akhirat..Terharu aku..
Mana nak jumpa lagi lelaki camtu..Padahal masa Tok meninggal, Tokwan muda lagi tuu.. Setiap orang lain kan.. Andainya aku pergi dulu, takan aku nak biar idup suami aku keseorangan. Dah la sampai ari nie takda zuriat lagi. Jodoh di dunia pun sudah mencukupi bagi aku. Di akhirat siapa yang tahu... Yang ku pinta hanya sepotong ayat dan doa darimu selagi diri ini dalam ingatan...

0 comments:

Post a Comment

 

Jamal & Syafi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei