Monday, February 22, 2010

PENGKALAN BALAK, MELAKA

Posted by Secret Dreams... at 6:41 PM
Aku baru sampai umah. Meniaga di Pengkalan Balak, Melaka untuk hari minggu dan cuti sekolah saja...sepanjang berada kat sana, aku asyik fikir cadangan hubby yg ajak aku pindah ke Melaka untuk mulakan hidup baru memandangkan potensi perniagaan kami lebih terserlah disana.. aku termenung panjang sambil melihat deruan ombak yg makin mengganas.. Berpindah ke negeri kelahiran aku..hmmmm...


Rumah kami di sini??? Nak sewakan takut rosak..nak jual...bila pula aku akan ada umah sendiri lagi.. Aku ada rasa serba salah juga..takut keputusannya nanti bagi impak besar pada kedudukan ekonomi kami kelak.. Aku tak mahu keputusan yg membawa pada penyesalan. Bahaya tuu. Aku harus fikir masak2..fikir dan fikir..
Aku terasa ombak bukan sekadar memukul pasir di pantai tapi turut memukul-mukul otak aku untuk beri jawapan dgn segera..dan jawapan yg pasti..aku termenung panjang..
Ya Allah,berikan hamba kekuatan untuk membuat keputusan.. Aku tahu setiap keputusan itu pasti ada pengorbanan..

1 comments:

My Simple Life on February 23, 2010 at 9:39 AM said...

Fiza, kekadang kita kena move on kalau nak berjaya. Macam hubby aku selalu cakap, kalau dah cuba tapi still tak de apa2 perubahan kat tempat tu then maybe we should try our luck kat tempat lain. Kalau kita rajin berusaha, insyallah kat mana2 jer sure rezeki Allah tu ada. Kalau tak try we wouldn't know. One thing for sure, cost of living kat Melaka tak la semahal dok KL ni.Think carefully and consider the best option before move is essential.

Post a Comment

 

Jamal & Syafi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei