Wednesday, June 15, 2011

AKU TAK NAK MISKIN...

Posted by Secret Dreams... at 1:33 AM
Dah lama juga aku tak update blog..Bz sesangat skrg nie dgn dunia jahit menjahit aku nie..Tapi aku tak ler sekreatif dulu masa zaman lepas vokay..Dulu aku mmg suka sgt bergaya. Tak kira apa fesyen suma aku dah pkai..bikini ajer yg tak..hahahaha..Lepas aku bertemu suami tercinta, dia suruh aku pakai T-Shirt yg besar2..dressing simple ajer katanya..sampai ler ke arini, bkn setakat baju besar, skali ngan aku besar dan membesar..waaaaa.. tak kurus dah..sekarang suami aku nak aku bergaya lak..hmmm..camno..aku bukan seperti dulu lg..hmmmm.. (mengeluh lg aku nie...)



Payah jg aku nak jd cam dulu..sempat lg ker??? Dah ler tak sekaya dulu...kah..kah..kah..kaya ker aku.. Nak ubah diri aku jadi seperti dulu bknlah mudah sbb pemikiran aku bkn seperti dulu..dah byk aku abaikan.. Selama ini aku sanggup abiskan duit utk kepuasan org lain janji mereka bahagia, aku pun bahagia.. Aku abaikan apa yg aku suka, sbb bg aku perasaan org lain lebih penting dr perasaan aku. Walaupun adakala, aku sedih jg bila tidak dihargai.. Tp perasaan sedih dan kecewa itu sementara kerna aku tahu cara memujuk hati sendiri.. aku dah biasa...



Hari ini, aku perlu bangkit utk diri aku sendiri dan dlm masa yg sama utk org tersayang. Dari dulu aku tak suka duduk diam..menunggu rezeki datang tanpa usaha.. aku dari keluarga susah..dan aku tak mahu terus hidup susah.. baru2 nie, member aku Liya kirim buku motivasi wat aku "AKU TAK NAK MISKIN". Aku hargai sokongan dari dia, sedikit sebanyak aku bleh jadikan sebagai panduan utk ubah diri dan cermin diri.. ;) Terima kasih kawan..kawan baik aku..



Aku perlu bijak mengatur plan utk bina empayar aku sendiri, walaupun empayar aku itu tidak sebesar empayar org lain..biar aku perlu susah dan menangis sekarang.. InsyaAllah, Allah akan buka rezeki bagi mereka yg sabar dan tekun. Aku perlu bijak mengatur strategi..mungkin kejayaan itu bukan tahun ini dan bukan tahun hadapan..tapi tahun berikutnya sbb byk benda yg aku kena atur dan sediakan. InsyaAllah aku pasti akan berjaya jika aku yakin dgn apa yg aku buat nie.. Aminnn..







0 comments:

Post a Comment

 

Jamal & Syafi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei