Thursday, October 15, 2009

Member Lama Dilupa Jangan...

Posted by Secret Dreams... at 2:38 AM
Sambutan Aidilfitri kian melabuhkan tirainya, Deepavali pula bakal datang menyapa kita. Dihujung-hujung sambutan nie, masih ada ramai lagi adakan 'Open House'. Makan free ler ... Aku sempat gie umah Siti Hajar Sabtu lepas..

Sejak Siti Hajar bertukar tempat kerja, aku tengok dia lebih bahagia di tempat baru..Tapi tutur kata masih tetap sama, ramah gitu..Walaupun dia join kami 6 bulan saja, tapi terasa bagai lama pula mengenali dia. Mungkin sebab kami mempunyai citer yang sama..hehehehe..citer apa biarlah jadi rahsia kami sahaja..

*



Hajar dan Aku


*




*

*

Isnin baru-baru nie, kawan sekolah aku (Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah) lak datang berkunjung ke rumah dari Alor Setaq nun..hak..hak..hak.. Aku punya lar cuti raya lama, tapi tak berkesempatan jumpa dia, bukan apa sibuk satu..demam selsema lagi.. Untuk lepas rindu sesangat kat aku nie, dia mai KL dan bercuti ngan Ummi sama. Umah adik dia kat Sepang.. Ini lar satu2nya kawan baik aku yang tinggal, yang lain tah ilang gi mana..tukar no phone tak bagitau.. Lost contact camtu jar..

Lama juga lar aku tak jumpa dia, segan pun ada nak jumpa.. Al-maklumlah dulu aku kurus giler.. Sekarang macam dipam-pam.. Hahhhh..Bila lar nak kurus balik cam dulu.. Pasai dah lama aku tak jumpa dia, aku baru tau yang dia dah pakai tudung.. Alhamdullilah.. Persahabatan kami aku hargai sesangat.. Kita nie bila berkawan jangan lar lupa kawan, kawan penting tau.. Bantu membantu slalu..Susah senang share lar.. Yang tak bagus..kawan makan kawan...emmm..tak mau..tak mau..

*

Saidatul Akmam (masih solo)

*


Bagi kekawan aku yang masih solo kat luar sana tuu, meh lar berkenalan ngan kawan baik aku nie.. Belum ada buah hati lagi tau... Cepat2 isi borang temuduga... mana tau terpilih.. dapat lar aku makan nasi minyak nanti.. Jangan mare Aida..


*


Sempat lagi berposing ngan Tulip plastik aku..


*

*

Ok, bagi kekawan di luar sana, ingat..ingat...Jangan kita lupa member lama kita..sebab member lama tu yang mungkin akan membantu kita di masa susah dan mudah bertolak ansur ngan kita..

0 comments:

Post a Comment

 

Jamal & Syafi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei